Tips hilangkan batuk
Tips hilangkan batuk Semenjak pandemik bermula, semestinya kita lebih berhati-hati dengan apa jua jenis penyakit termasuklah batuk.Batuk boleh menyerang setiap lapisan usia tetapi lebih mudah berjangkit dalam kalangan kanak-kanak.
Artikel kali ini berkongsikan 6 cara menghilangkan batuk dengan semulajadi.
Definisi Batuk
Sebelum anda ingin mencegah batuk, anda perlu tahu apa itu batuk terlebih dahulu.Batuk ialah satu tindak balas semulajadi yang berlaku apabila terdapat bendasing dan kuman yang perlu disingkirkan.
Batuk membantu menghalang jangkitan kuman daripada menyerang saluran penafasan dan memasuki paru-paru.Tindak balas ini akan menghasilkan lendir atau kahak.
Punca batuk Tips hilangkan batuk
Teruskan membaca untuk mengetahui antara sebab-sebab anda dijangkiti batuk.
1. Jangkitan pada paru-paru
Jangkitan kuman atau virus pada paru-paru akan menyebabkan iritasi pada lapisan tersebut dan menyebabkan penghasilan kahak.Warna kahak boleh menentukan sama ada anda dijangkiti kuman atau virus.
Lazimnya, kahak tidak berwarna berpunca daripada jangkitan virus.Manakala kahak berwarna kuning kehijauan selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman.
2. Sakit asma
Penyakit asma ialah penyakit paru-paru kronik yang membengkak dan menyempitkan saluran pernafasan.Umum mengetahui semasa serangan asma berlaku, pesakit akan mengalami sesak nafas.
Namun, terdapat juga simptom lain seperti batuk, bernafas dengan laju dan nafas berbunyi.
3. Bronkitis Tips hilangkan batuk
Bronkitis ialah keradangan pada saluran bronkus (komponen yang membentuk paru-paru).Bronkus merupakan saluran penyampaian oksigen dan karbon dioksida.Keradangan ini menyebabkan bronkus membengkak dan kahak akan terkumpul dalam bronkus.
Kesannya adalah masalah penafasan dan batuk.our. Penyakit paru-paru obstruktif kronik (Chronic Obstructive Pulmonary Disease)
batuk Tips hilangkan batuk
Penyakit ini selalunya menyerang individu yang berumur dan penyebab utamanya adalah merokok.Asap rokok boleh mencederakan lapisan paru-paru.Jika pendedahan kepada asap rokok berterusan akan menyebabkan paru-paru rosak dan menyebabkan paru-paru gagal berfungsi dengan sempurna.
Kesannya, fueloline karbon dioksida terperangkap dalam badan dan badan akan menghasilkan refleks iaitu batuk untuk menyingkirkan fueloline ini.
6 Cara Menghilangkan Batuk Secara Semulajadi
Selain daripada mengambil ubat batuk, batuk juga boleh dihilangkan dengan semulajadi.ebanyakan bahan-bahan yang diperlukan pun memang dah ada dalam dapur anda.
1. Madu asli
Tak dapat nak dinafikan yang madu asli mempunyai banyak khasiatnya termasuklah melegakan batuk.Madu boleh dimakan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan semulajadi lain seperti perahan limau nipis dan jus lemon.
Kombinasi madu asli, perahan jus lemon dan air suam menghasilkan ramuan mujarab untuk mengurangkan batuk.Madu mampu menenangkan manakala jus lemon boleh membantu daripada berlakunya kesesakan pada rongga.
2. Air masak
Salah satu cara semulajadi yang paling mudah adalah meminum air masak.Batuk yang berlarutan mampu menyebabkan sakit tekak.Jadi, amatlah penting untuk anda mengekalkan kelembapan tekak dengan meminum air masak.
Air masak juga mampu mencairkan kahak dan mengelakkan dehidrasi (kekurangan air) yang mampu mengundang penyakit lain.
3. Halia
Halia mempunyai pelbagai khasiatnya. Antaranya adalah membantu membuang kahak, dan melegakan serta mengurangkan pedih pada tekak.Keberkesanan halia terbukti apabila dijadikan teh halia dan diminum secara panas takedietplan atau suam. Tips hilangkan batuk
+ There are no comments
Add yours